WANN Dari Kacamata Keluarganya

WANN dengan pose utama
untuk peminat Media Hiburan

WAN RASHIDAH ataupun Iebih dikenali sebagai Wann adalah bintang senisuara yang kini sedang meningkat naik. Biarpun pada awal penglibatannya dia hampir kecewa tetapi kini nama itu sudah mengharum.

Wann mula diperkenalkan oleh SCS melalui album pertamanya 'Lamunan Hati’. Selepas itu album keduanya Terlerai Kasih juga mendapat tempat. Nostalgia Wann' juga tidak menghampakan biarpun album ltu sekadar koleksi dari lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan juga Allahyarhamah Saloma.

Dalam usia 18 tahun, Wann telah berjaya menanggung keluarganya hasil dari kariernya. Wann juga sudah mempunyal sebuah kereta sendiri dan bakal membeli rumah hasil dari titik peluhnya.

Wann juga sering menerima tawaran berlakon tetapi setakat ini Wann masih belum sedia untuk berlakon. Dia mahu menumpukan sepenuh masanya dengan menyanyi sahaja.

Wann anak sulung dalam keluarga seramai tujuh orang. Umurnya kini 20 tahun dan untuk mengetahui bagaimanakah sikapnya, kita ikuti tembual kami dengan ahli keluarganya.


WANN HANYA BOLEH JALAN UMUR EMPAT TAHUN - PUAN JUNAIDAH (lbu Wann).

DUA HARI sebelum Wann dilahirkan, Ibunya lihat matahari terbit di waktu subuh dengan terang benderang sekali. Sedangkan waktu itu bukanlah waktu matahari terbit.
 

PUAN JUNAINAH, Ibu dan juga
'Manager' kepada WANN.
Dua hari lapas tu, Kak Jun pun beranakkan si Wann. Memang susah beranakkanya tambahan Iagi anak sulung, cuma Puan Junaidah dengan loghat Perak.

Menurut ibunya Iagi, menjaga Wann memang susah dan menyiksakan masa kecil dulu. Badannya lembik dan susah untuk berdiri sendiri. Setiap kali didirikan dia akan jatuh sampai tidak bermaya langsung.
 

Memang kesian tengok dia masa kecil dulu. Umur empat tahun baru boleh berjalan sedangkan kawan-kawan sebaya dengannya dah berlari dan melompat. ujar ibunya lagi.

Bagaimanapun, sewaktu Wann kecil dulu Puan Junaidah jarang mempunyai masa yang banyak bersama anak sulungnya ini. Wann dipelihara oleh neneknya kerana Puan Junaidah sentiasa sibuk mencari rezeki bersama dengan bapa Wann. Hanya waktu malam mereka dapat mengasuh Wann.

Sejak sekolah lagi, Puan Junaidah sudah nampak akan minat Wann dalam bidang nyanyian. Puan Junaidah tidak pernah manghalang kehendak anaknya itu tambahan lagi suaminya juga mnggalakkan minat Wann.

Sejak album partama Wann di pasaran. Wann senang mendapat undangan show dan bermula dari situlah Wann sudah pandai cari rezeki sendiri. Umurnya 18 tahun, Wann sudah menanggung kehidupan keluarganya.
 

Wann tu tukang nyanyi sahaja. Lepas nyanyi semua tentang pembayaran dan duit Kak Jun yang jaga. Dia memang tak tahu apa duit simpanpun kak Jun yang jaga. Bila nak keluar dia mintak duit itupun $10.00 dah cukup baginya. Bila pergi shopping dia akan ajak Kak Jun sekali. Macam mana dulu begitulah dia sekarang ni, 'si Wann tu'.
 

Dia parnah cakap dangan Kak Jun hanya nak beli rumm sahaia untuk keluarga. Itupun dari duit nyanyi yang Kak Jun dan simpankan, cerita ibu Wann dangan panjang lebarnya.

ENCIK MEOR ABD. RASHID
Bapa WANN

WANN TAK BERLAGAK
- ENCIK MEOR ABD. RASHID (BapaWann).

OLEH kerana Encik Meor sentiasa sibuk mencari rezeki, Wann masa kecil memang kurang mendapat kasih sayang dan tidak begitu rapat dengan bapanya. Pagi-pagi lagi Encik Meor telah keluar rumah dan hanya pulang pada malam harinya.

Kata, Encik Meor dia mendapati Wann mempunyai bakat sebagai penyanyi sejak usianya sembilan tahun lagi. lni jelas apabila Wann masuk bertanding membaca Quran sewaktu darjah enam suaranya bertambah baik.
 

Lalu saya memberikan perhatian yang lebih untuk dia terus menyanyi kerana itu adalah minatnya. Jika ada masa saya akan melatih dia menyanyi," cerita Encik Meer lagi.

Sewaktu meningkat usia 12 tahun, Wann sudah boleh membawa kereta. Biarpun tidak mempunyai lesen tetapi dia berani membawa kereta dengan laju.
 

Bila dia bawa kereta sorang-sorang tu memang kami takut. Tetapi selalunya saya suruh dia bawa kereta kerana mengikut kami pergi berniaga sahaja" ujar Encik Meor lagi .

Menurut Encik Meor, perangai Wann dari dulu hingga sekarang memang tidak banyak berubah. Wann memang tidak suka berlagak. Selagi apa yang dicita-citanya belum tercapai dia akan terus berusaha tetapi tidak pernah menonjol-nonjolkan diri.


WANN ADA 'ANGIN' - AISHAH TAWAB (Opah Wann).
 

OPAH WANN
Aishsh Tawab

WANN adalah cucu sulung kepada Puan Aishah. Sebagai cucu sulung memang Wann mendapat layanan yang iebih tambahan iagi sejak kecil Wann memang dibawah jagaan opahnya. Oleh kerana emak Wann berniaga. Dan siang hari jarang berada di rumah. Puan Aishahlah yang terpaksa menjaga cucunya. Opahnya juga menyusukan Wann selepas habis hari kerana ketika itu, Puan Aishah juga mempunyai anak kecil iaitu bapa saudara Wann.

Menurut Puan Aishah, Wann dari kecil hingga besar tidak banyak berubah. Dia pendiam tetapi ada angin.
 

Jika buat muka masam tu.. .sesiapapun tak ditegurnya. Tetapi jika dah elok tu, sampai tak terlayan pulak kita. Macam tu...lah dia sejak dulu lagi," cerita Puan Aishah dengan panjang lebarnya.

Puan Aishah juga menceritakan bahawa bila Wann balik dari sekolah dulu mesti duduk berjam-jam dalam biliknya. Bila Puan Aishah mengintai rupa-rupanya dia sedang beraksi di depan cermin sebagai penyanyi. Sikat rambut jadi mikrofonnya.
 

Biarpun dia dah terkenal tetapi tak pernah dia lupa dengan Opah. Dia yang selalu marah opah tinggal seorang di kampung dan apa sahaja yang opah nak mesti dibelinya," cerita opah mengenai cucu sulungnya itu. 

KAK LONG SUKA TIDUR - INTAN (Adik Wann).

DI RUMAH, Wann lebih mesra dipanggil dengan nama Kak Long oleh keluarganya. Dia bukan sahaja tempat keluarganya berlindung tetapi Wann juga tempat mengadu masalah bagi Intan adik nombor tiganya.
 

WANN bersama dengan sebahagian
ahli keluarganya
Jika Intan ada masalah selalunya, Intan cari Kak Long dulu. Dia selalu nasihatkan Intan. Dan biarpun Intan ini adiknya tetapi dia sering mahu bertukar masalah bersama. Itu sebab Intan betul-betul 'respect' dengan Kak Long," ujar Intan.

Wann juga sering meminta pandangan Intan tentang pakaian yang hendak dipakai walau ke manapun. Jika Intan tidak suka dengan sesuatu yang dipakainya pasti Wann tidak mengenakannya lagi.
 

Tetapi satu sahaja tentang Kak Long ni…jika dia tak ke mana-mana dalam satu hari tu...lntan terpaksa ingatkan dia suruh mandi. Kak Long ni liat sikit nak mandi kalau tinggal kat rumah. Lagi satu, Kak Long memang hantu tidur. Tetapi mungkin dia penat," cerita Intan sambil tergelak.

Ke mana sahaja Wann pergi, dia suka membelikan Intan baju. Begitu juga dengan duit, dia tidak pernah kedekut tetapi Wann tidak pernah menggalakkan Intan menjadi penyanyi sebaliknya jadi penari.


KAK LONG SUKA BERI DUIT - MEOR JUNAIDI (Adik Wann)
 

MEOR HAFIZ
Adik Bungsu WANN

KAK LONG suka beri saya duit. Saya tak mintakpun dia beri saya duit tambahan kalau untuk ke sekolah.' cerita Meor Junaidi adik kepada Wann.

Selain wang, Wann juga suka membelikan adiknya baju. Bagi Meor Junaidi, Wann memang tidak kedekut.

Jika ada masa. Wann akan menjenguk kerja-kerja sekolah adiknya. Dia juga akan memberikan tunjuk ajar jika pelajaran itu dia boleh membantu.

KAK LONG SUKA PUKUL - MEOR HAFIZ (Adik bongsu Wann)

ADIK BONGSU WANN, MEOR HAFIZ memang mempunyai bakat dalam bidang nyanyian tetapi dia tidak berminat. Baginya menyanyi seperti Kak Long terlalu membosankan.

Bagaimanapun, Haliz suka mendengar Kak Longnya menyanyikan lagu-lagu Allahyarhamah Saloma. Suara Kak Long memang menarik bagi Hafiz.

"Macam manapun, Kak Long rajin pukul Hafiz tau...: adu si Hafiz.


 BANGGA BILA WANN POPULAR - AMNAH MAT WALI (Opah saudara)
 

PUAN AMNAH
Opah saudara WANN

OPAH tak pernah ambil hati dengan perangai Wann tu. Dia memang macam tu, kalau elok memang dia elok tetapi kalau diam tu usahlah di tegur. Kalau jumpa opah ni mesti dia salam dulu dan bertanya khabar." cerita Puan Amnah pula.

Biarpun sekadar cucu Saudara tetapi Puan Amnah berbangga kerana Wann dikenali sebagai penyanyi. Sejak kecil lagi, dia memang menyangka Wann boleh menyanyi bila melihat perangainya yang suka menyanyi.

Setiap kali Wann balik kampung, dia tidak pernah lupa mengunjungi opah saudaranya. Jika keretanya kosong, dia pelawa pulak opahnya datang ke Kuala Lumpur dan tinggal di rumahnya beberapa hari.

Puan Amnah mendoakan, agar Wann terus giat menyanyi. Pandai menjaga diri dan tetap berperangai seperti sekarang serta tidak lupa daratan.



0 l e h : INTAN ZABIDIN
J. g : ROSLI KELIWON
Share on Google Plus

About Admin

1 comments:

  1. sy minat dengan suara kak wan tpi..ok la

    ReplyDelete