WANN & ELLA BANYAK PERSAMAAN?
Ramai peminat yang membuat anggapan bahawa Ella dan Wann adalah artis remaja yang banyak persamaan. Bukan saja dari paras wajah, tetapi ianya juga termasuk suara dan gaya mereka.
Apakah reaksi Ella dan Wann mengenai anggapan peminat itu?
Ketika ditemukan dalam satu sessi fotografi di studio VP, Ella dan Wann kebetulan datang dengan style pakaian sama. Tapi, bila dikatakan mereka hampir ada persamaan, Wann berkata, "memang ramai kata Wann sama dengan Ella. Tapi sebenarnya tidak begitu. Ada ketikanya suara Wann mirip Ella. Itu pun bila nada suara Wann tinggi sikit. Tapi kalau didengar betul-betul tidak sama."
"Yang teruknya Wann. Ella lebih dulu dikenali sebagai penyanyi. Nanti ramai yang tuduh Wann meniru Ella. Sedangkan Wann muncul dengan imej Wann sendiri." Bukan nak tiru orang lain. Kalau mecam ni tentulah frust Wann nanti, kalau-kalau dikata tak ada imej sendiri'' jelas Wann bersungguh-sungguh.
Ella juga berpendapat seperti Wann, tak mahi dikaitkan dengan imej orang lain. Kalau selama ini Ella dikenali dengan nama penyanyi rock wanita, Ella mahu terus dengan nama itu. Dan juga tidak mahu disamakan dengan penyanyi-penyanyi lain walaupun ramai yang membuat tanggapan seperti itu. Kata Ella, "Wann ada cara sendiri, Ella pun begitu juga. Ella memang bercita rasa lagu-lagu rock dan begitu juga dengan album Ella. Suara Ella pun sebenarnya memang berbeza dengan Wann..."
Mungkin dari paras rupa dan cara dua artis ini berpakaian mereka sering dikaitkan ada persamaan? Ella dan Wann tidak bersetuju kerana kata mereka itu adalah hak masing-masing untuk berpakaian. Ella memang dikenali senagai artis rock yang simple, sering mengenakan jeans dan t-shirt saja. Kalau ke majlis-majlis ramai atau show barulah Ella mengenakan pakaian yang kemas dan glamour sebagai artis top.
Begitu juga dengan Wann. Walaupun dia bukan artis rock, tetapi Wann juga senang berpakaian jeans dan t-shirt. ianya ringkas dan selesa. Wann menyenanginya. ''Wann suka lagu-lagu seperti dalam album Wann sendiri. kalau rock pun, setakat sentimental rock aje. Macam Ella memang penyanyi rock. Jadi memang kami tak sama. Minat pun memang berlainan. Sebenarnya Wann dan imej Wann sendiri, Ella pun begitu juga, ada imej dan style dia sendiri. Wann tak mahu orang kata Wann tiru Ella,'' pinta Wann lagi.
Jika ada masa lapang pula, Ella suka menghabiskan masanya mendengar muzik rock. Puas mendengar muzik Ella akan menonton video pula. Kalau tak pun kegemaran Ella adalah berenang dan sesekali ke disko.
Wann pula suka menghabiskan masanya dengan tidur! Kononnya hendak menganti tidur yang tidak cukup ketika dia buat pertunjukan. kadang-kadang sebelum masuk tidur, Wann akan mendengar muzik dan seterusnya terlena dibuai mimpi! Bukan sepanjang hari pula Wann menghabiskan tidur kerana dia ni memang ada saja kerja di setiap hari terutamanya bersiap untuk ke pertunjukan pentas atau temujanji yang perlu ditunaikan.
Yang pasti Wann dan Ella tidak mahi peminay mengatakan mereka meniru atau berkongsi imej di antara sama lain. Masing-masing mahu muncul dengan gaya tersendiri. Walaupun cara pakaian mereka ada persamaan, mungkin itu secara kebetulan saja. Dari segi nyanyian, Ella tetap punya cara tersendiri dan Wann juga ada personaliti masing-masing. Tarpulanglah kepada peminat untuk menilaikannya!
SUMBER:
MAJALAH VARIA POP
15 JULAI 1989
(Sumbangan Artikal: fb @ Zaynal Arief)
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment