Cover Story Media Hiburan (23 Feb. 1991)

WANN SERIK UNTUK BERLAKON LAGI

SEJAK popular sebagai penyanyi, Wann sering menerima tawaran belakon. Tetapi dia terpaksa menolak tawaran itu kerana masih belum bersedia unetuk menjadi seorang pelakon.


Bagaimanapun, awal tahun 1991 hatinya terbuka untuk mencuba nasib sebagai pelakon 'Jaket Biru' adalah filem pertama yang akan menentukan kemampuan Wann sebagai pelakon.


Jika Ella berasa seronok pertama kali berlakon barlainan pula dengan Wann. Bago Wann, berlakon terlalu membosankan. Jiwanya mungkin tidak sesuai meletakkan dirinya sebagai seorang pelakon.


Wann mengakui biarpun pertama kali dia berlakon tetapi dia dah serik. Bukan sahaja memakan masa yang panjang tetapi dia cepat jemu menunggu di lokasi.


"Pagi-pagi lagi Wann dah kena bangun kemudian pergi shotting. Jika cuaca tak baik kena pulak tinggu sampau cuaca baik. Cutnya entah beberapa kali dan kemudian jika tak betul kena ulang berkali-kali," ceritanya lagi berterus terang.


"Tapi jangan salah faham pulak? Bukanlah maksud Wann ni serik untuk berlakon terus... Tetapi buat waktu ini memanglah Wann tak nak berlakon dulu. Mungkin akan datang belum tahu lagi," cerita Wann berterus terang.


Dalam perbualan yang ringkas itu, Wann juga mengakui bahawa 15 hari di lokasi dia dapat belajar pelbagai pekara dalam seni lakonan.

"Tetapi Wann mengakui, Wann ni tak boleh 'acting' langsung. Wann kena banyak belajar lagi. Itu sebebnya Wann kata serik nak berlakon lagi. Sekarang tahulah Wann, yang berlakon itu memang terok juga," ceritanya lagi.

Dalam filem ini, Wann memegang watak sebagai penyanyi kelab malam. Oleh kerana 'boyfriengs'nya seorang anggota polis, Wann juga turut terlibat dalam satu penyiasatan kes jenayah.

Selesai penggambaran 'Jaket Biru' Wann memulakan kembali kariernya sebagai penyanyi. Beberapa hari dilokasi, dia terpaksa menolak beberapa tawaran pertunjukan pentas kerana ingin menumpukan sepenuh perhatiannya dengan berlakon.


Wann juga bakal menemui peminat dengan lagu-lagu 'evergreen' hari raya. Selepas itu dia akan muncul dengan lagu rock. Kita tunggulah nanti lakonan dan lagu terbaru dari Wann. 



SUMBER:
MAJALAH MEDIA HIBURAN
EDISI : 23 Feb. 1991
(Sumbangan Artikal: fb @ Zaynal Arief)
Share on Google Plus

About Admin

0 comments:

Post a Comment