Wann Buat Album 'GANTI'

WANN BUAT ALBUM 'GANTI'

Artis angkatan baru yang sedang top Wann tanpa diduga telah mengalami kejutan dalam kariernya. Album terbaru Wann 'Terlerai Kasih' setelah mencecah 30,000 unit terpaksa 'diperam' di bilik store syarikat rakamannya SCS.

Ini berikutan penggantungan jualannya akibat tindakan saman yang dikemukakan oleh syarikat rakaman NSR terhadap penerbitnya A.Ali. Wann yang baru merasa 'keseronokan' kelarisan jualan album barunya 'terkedu' bila mendapat khabar itu, di mana siaran lagu-lagunya tidak dibenarkan lagi di corong radio.

Ekoran dari itu, pihak SCS dengan segera membuat rakaman album ketiga Wann. Menurut pegawai promosi SCS, "Itu adalah jalan yang sebaiknya untuk kami. Kerana tiada gunanya menunggu soal saman itu selesai di mahkamah kerana ianya akan mengambil masa yang panjang akan selesai."

"Dalam pada itu, kemungkinan lagu-lagu baru dirakamkan dalam album kedua Wann itu akan basi ditelan masa. Maklumlah, soal saman dan mahkamah ini bukan seminggu dua boleh selesai. Silap hari bulan, setahun belum tentu habis cerita lagi".

"Jadi, nak buat apa tunggu album yang tak dapat dijual itu lebih baik dibuat rakaman terbaru untuk mengantikannya. Ini kerana demi mengejar pasaran, Kerana telah terbukti, album terbaru dari Wann itu cukup baik sambutannya. tapi malang, baru panas dipasaran sudah ada masalah pula, "ujar Norhayati, PRO SCS Records.

Jadi, sekarang ini Wann sudah pun menyiapkan beberapa buah lagu rakaman 'gantian' dengan penerbitnya John Goh. A.Ali tidak terlibat dengan proses penyiapan album 'ganti' tersebut.

Bagaimanapun, diharapkan pihak yang menyaman dan disaman boleh menyelesaikan masalah tersebut di luar mahkamah. Kerana apa yang difahamkan, saman-menyaman tersebut berpunca dari salah faham pihak yang terlibat. Bagaimanapun, Wann tetap terus menyiapkan rakaman album 'ganti'-nya bersama Gohn Goh.

SUMBER: Varia-Pop
Share on Google Plus

About Admin

0 comments:

Post a Comment