Wann Sedih Selalu Difitnah

Kalau disebut cerita-cerita sensasi tentulah seronok. Ada pula sesetengah artis yang suka diri mereka dijadikan bahan cerita demikian. Apa lagi kalau ianya boleh mempopularkan semula diri mereka yang sudah agak tenggelam. Manum begitu ada pula yang melahirkan rasa terkejut dan takut.

Wann, penyanyi kecik molek yang telah pun merakamkan album 'Koleksi Nostalgia' baru-baru ini tidak kurang menjadi sasaran mereka yang mahu melihatnya melatah dan bengang. Wann kononnya diberitakan mempunyai hubungan yang intim dengan seorang berpangkat datuk dan dikenali ramai. Sejauh manakah hubungan mereka belum dipastikan lagi?

Adalaj seadar kawan ataupun biasa-biasa sebab masing-masing dikenali ramai? Mungkinkah ada orang sengaja menabur fitnah kerana cemburu melihat wann hidup aman?

"Wann ada hubungan dengan Datuk S? Siapakah yang cakap ni, Terkejut Wann dengar berita ni. Bila pulak ianya terjadi? Wann pun tidak kenal dia dan mungkin jumpa dengan diapun belum pernah." ujar Wann dengan wajah terkejut.

"Kalau Wann nak cari boyfriend pun biarlah yang lebih tua sedikit usianya dibandingkan dengan Wann. kalau orang kata Wann bercinta dengan anak datuk tu bagus juga. Ada juga seronoknya" sambung Wann sambil ketawa besar.

Sedikit sebanyak Wann bengang juga memikirkan hal ini. Sebagai seorang insan Wann tentunya terguris perasaan dan akan tersentuh hati. Lebih-lebih lagi memikirkan ada-ada saja gosip yang melibatkan dirinya.

Wann pun tahulah kenapa orang suka sangat nak tabur fitnah pada Wann. Hendak kata Wann sudah lali dengan cerita-cerita macam ini pun, entahlah. Apa faedahnya yang Wann dapat kalau melakukan perkara itu. Kalau Wann hendak duit banyak biarlah Wann usaha sendiri. Penat macam manapun tidak mengapa asalkan hasil titik peluh Wann, "tegasnya.

Menuruh Wann sebelum kes ini pun dia pernah dilemparkan gosip kononnya mempunyai hubungan intim dengan orang paling popular di kalangan artis yang tinggal di Brunei Darussalam. Dia juga kononnya banyak meghabiskan wang bagi bersuka-suka semasa berada disana. macam-macam lagi cerita lain yang timbul berkaitan hal ini.

"Wann ni masih mempunyai akal dan fikiran. Buat apa ganggu rumahtangga orang itu. Wann masih macam dulu single. Kalau cari boyfriend pun biarlah yang sepadan dengan Wann. Wann ini adalah yang ada ye tak?" Dia merendah diri.

Dia berharap tidak terus menerus dia dilemparkan dengan gosip yang bukan-bukan. Dia juga mahu hidup tenteram macam orang lain. Sekurang-kurangnya dia mahu menjaga perasa hati kedua ibu ayah dan adik-adiknya yang lain. Dia tidak mahu mereka susah hati dan marah-marah dengan cerita-cerita berkenaan.

"Wann tidak tahu apa tujuan orang membuat fitnah macam ini. Agaknya mereka rasa seronol ke ataupun apa? Biarlah. Janji Wann tidak buat itu semua. Wann juga akan lebih berhati-hati pada masa akan datang. Wann berharap selepas ini tidak ada lagi nama Wann dikait-kaitan dengan mana-mana orang berpangkat. Takit..." dia ketawa kecil sambil memberi amaran secara tidak langsung.

Pelancaran album ketiga Wann yang berjudul "Koleksi Nostalgia" kali ini meninggalkan kenangan manis buat penyanyi kecil molek ini. Ianya juga merupakan hadiah istimewa sempena hari lahir Wann yang ke 20 tahun.

Wann memakai pakauan yang hampir serupa fesyennya macam penyanyi kesayangannya Allaharhamah Saloma. Pakaian berwarna putih itu agak seksi sedikit. Ini secara tidak langsung menumbulkan cakap-cakap "kurang sedap" di kalangan tetamu. Wann tak kisah, apa orang nak cakap, cakaplah. Asalkan Wann tidak sakitkan hati sesiapa" ucapnya spontan.

Selain daripada para wartawan dan jurugambat turut memeriahkan lagi majlis tersebut Wann telah mengundang anak-anak jiran berdekatan rumahnya dan juga rakan-rakan artis. Turut kelihatan ialah Hattan, Awie (Wings) dan makwe istimewanya dan lain-lain. Kedua ibu bapa dan adik-adiknya juga hadir.

Wann telah menyampaikan dua buah lagu daripada album 'Koleksi Nostalgia' untuk hiburan para tetamu. Azmeer yang menjadi pasangan duetnya di dalam album ini agak terlewat hadir. Bagaimana ianya tidak menjejaskan majlis itu. Azmeer dan Wann telah mendendangkan lagu Dalam Air Ku Terbayang Wajah sebagai memenuhi permintaan mereka yang hadir.

Tiga kek besar merupakan hadiah istimewa buat Wann. Ibu Wann yang lebih dikenali dengan panggilan "Miss Jun" tekah tidak dapat menahan air mananya kerana bergitu terharu. Kek tersebut telag diagih-agihkan kepada semua tetamu yang hadir.

Bercakap mengenai album 'Koleksi Nostalgia' Wann menjelaskan sejak kecil lagi dia memang telah meminati penyanyi Allahyarhamah Saloma. Sebelum ini pun pihak SCS telah merakamkan beberapa buah album berjudul 'Jasamu Di Kenang' untik mengimbas kembali lagu0lagu lama dengan diceri nafas baru.

"Wann ada beritahu kalau boleh Wann juga mahu merakamkan kembali lagu-lagu popular satu ketika dahulu. Wann beritahu mereka Wann begitu berminat kalau dapat merakamkan lagu-lagu nyanyian Allahyarhamah Saloma," ujar Wann.

"Wann sendiri tidak menyangka sambutan terhadap album ini diluar dugaan. Wann amat bersyukur. Mudah-mudahan reseki Wann dan keluarga Wann akan bertambah dari semasa ke semasa," katanya.

Menurut Wann dia begitu meminati sekali lagu 'Jeritan Batinku' dan 'kasihnya Ibu'. Tidak hairanlah kalau dia begitu menghayati keseluruhan lagu-lagu yang dirakamkan di dalam album ini.

Bagi Wann lenggok sesebuah lagu itu amat penting. Kalau hendak dikatakan Wann boleh menyanyikannya dengan terlalu baik. mustahillah Allahyarhamah Salomalah yang boleh berbuat begitu sebab lagu-lagu itu dia telah menyanyikan terlebih dahulu. Wann cuba membuat sekadar dan sebaik yang boleh. Jadi Wann berharap para peminat dapat menerima corak persembahan Wann," ujarnya dengan panjang lebar.

Jualan album 'Koleksi Nostalgia' yang menggalakkan ini tentunya memberi peluang kepada Wann untuk merakankan lagi lagu-lagu seumpama ini pada masa akan datang. Semoga ianya akan menjadi siulan para peminat senisuara di tanahair sepanjang masa.


Sumber : Majalah Varia Pop (1 Jun 1990)
Artikal Sumbangan : Zakariah Setiu.


Share on Google Plus

About Admin

0 comments:

Post a Comment